Kami Team USS Group sentiasa berlapang dada , menerima pandangan dan juga teguran. Selagimana ianya untuk kebaikan bersama , kami sentiasa membuka ruang.
Alhamdulillah banyak pandangan dan teguran kami terima sebelum ini dari rakan-rakan semua. Kami ucapkan jutaan terima kasih kerana bersama-sama ingin membina demi kemajuan bersama.
Tidak kurang juga kami menerima kutukan dan kritikan yang sangat dahsyat di forum-forum terbuka. Kepada mereka yang suka mengutuk sesama rakan ( Banyak yang dikutuk itu tidak berdasarkan kepada maklumat yang tepat penuh andaian ), kami doakan agar Allah memberi yang terbaik untuk anda dan kami. Sekiranya tujuan anda baik dan anda rasa jalan yang anda pilih ( mengutuk orang ) itu, jalan yang terbaik teruskanlah dengan cara anda. Bagi kami, kekurangan yang ada akan terus dibaiki sebab kami juga manusia, tidak lari dari salah dan silap.
USS Group merasakan apa yang ada adalah perkongsian, bukan untuk mendabik dada keangkuhan. Kami hanya berkongsi apa yang ada dan pastinya rakan-rakan yang lain juga lebih bagus dan hebat dari kami.
Sama-sama kita bergandingan dan bersama membina, elakkan situasi menjatuhkan maruah orang lain. Ingatlah kalau kita suka mengutuk orang, Allah akan balas yang sama.
Sekali lagi USS Group memohon maaf atas kesilapan dan kelemahan yang ada. Doakan agar Allah mudahkan usaha kita bersama....aamin.
...Target tambah 50% sebulan...
...Ikuti sepenuhnya disiplin yang diajar...
...Bersyukur atas profit...
...Belajar dari kesilapan...