Harga Matawang Utama

Pengumuman

UssGroup Blog akan mengalami sedikit perubahan dalam tempoh yg terdekat dan pihak kami memohon maaf di atas segala kesuliatan yg di alami

BERSAMA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

MENCARI ILMU, MEMBUAT ANALISA, PRAKTIS DAN BERKONGSI APA YANG ADA DIMANTAPKAN DENGAN KESABARAN, KESYUKURAN DAN DISIPLIN DIRI YANG TINGGI AKAN MEMACU KITA MENGGAPAI KECEMERLANGAN DALAM FOREX...INSYAALLAH

PENGUMUMAN

Alhamdulillah, insyaAllah bermula April ini, pihak admin akan memberi info berkaitan trend, pergerakkan, entry points, kegunaan lot, set TP terus di web ini. Panduan open locking sekiranya berlaku juga akan diberi di sini.

Diharap kepada semua rakan2 agar dapat refresh laman blog ini setiap 1 jam untuk memastikan tidak ketinggalan info yg dihantar. Info2 diupdate berdasarkan kepada pergerakkan dan keperluan semasa.

Semoga kita semua akan berjaya...aaamin ya rob

TEKNIK SEMASA USS GROUP

MELIHAT KEPADA PERKEMBANGAN SEMASA, KITA SUDAH MULA FOKUS KEPADA PAIR GJ.

Perkembangan semasa akan dimaklumkan di sini...insyaAllah

Rabu, 16 Januari 2008

PERGELUTAN BERTERUSAN

Alhamdulillah, tahniah dan syabas, kami ucapkan kepada rakan-rakan yang berjaya mengekalkan target capaian pips. Ada yang meletakkan sasaran antara 3-10%. Bersama-sama kita bersyukur atas kurniaan Allah kepada kita.

Saya menerima email dan sms berkaitan luahan hati rakan-rakan yang mengistilahkan GATAL TANGAN..walaupun sudah capai target tapi masih gatal tangan nak masuk, akhirnya terkandas...berjanji dan berikrar..akan kawal emosi dan tangan bila sudah capai target.

Perkembangan semalam menyaksikan big trader membuat kejutan dan bergelut sesama mereka. Mengasak, bertahan dan terus mengasak menyaksikan range pergerakkan up dan down pada skala yang besar, mencecah 1.4923 dan 1.4818.

News hari ini ( lihat www.forexfactory.com ), pada waktu eropah tiada perubahan, manakala semasa sesi US, kelihatan kurang baik untuk USD pada ramalannya. Berdasarkan kepada perkembangan semalam dan yang lepas, jangan bergantung pada news, sebaliknya trade dengan hati-hati.

Pergerakkan harga pada hari ini adalah cubaan untuk tembus price 1.3720 ke bawah dan 1.3830 ke atas untuk membentuk trend baru. Dalam pergerakkan untuk tembus price tersebut pasti akan berlaku tarik menarik pada level-level speed price dan zan speed. InsyaAllah kiranya ada kesempatan satu panduan khas akan dikeluarkan berkaitan mengenalpasti...trending, zon speed dan speed.

Sebagai maklumat awal, ramalan penganalis menyatakan cubaan mengasak USD mencecah paras 1.500 akan diteruskan dan sekiranya tembus akan berlaku cubaan seterusnya untuk mengahmpiri 1.600. Situasi ini akan lebih ketara ketika pengumuman interest rate nanti. Walaubagaimana pun kita akan melihat supporter USD tidak mudah memberi laluan dan pasti akan berlaku tarik menarik.

Biar apa pun situasi, pastikan anda melakukan teknik-teknik terkini USS Group. Sekiranya belum betul2 mahir praktiskan di akaun demo terlebih dahulu.

Pastikan anda dapat mengawal emosi dengan cemerlang...selamat berjaya.


...Target tambah 50% sebulan...
...Ikuti sepenuhnya disiplin yang diajar...
...Bersyukur atas profit...
...Belajar dari kesilapan...