Harga Matawang Utama

Pengumuman

UssGroup Blog akan mengalami sedikit perubahan dalam tempoh yg terdekat dan pihak kami memohon maaf di atas segala kesuliatan yg di alami

BERSAMA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

MENCARI ILMU, MEMBUAT ANALISA, PRAKTIS DAN BERKONGSI APA YANG ADA DIMANTAPKAN DENGAN KESABARAN, KESYUKURAN DAN DISIPLIN DIRI YANG TINGGI AKAN MEMACU KITA MENGGAPAI KECEMERLANGAN DALAM FOREX...INSYAALLAH

PENGUMUMAN

Alhamdulillah, insyaAllah bermula April ini, pihak admin akan memberi info berkaitan trend, pergerakkan, entry points, kegunaan lot, set TP terus di web ini. Panduan open locking sekiranya berlaku juga akan diberi di sini.

Diharap kepada semua rakan2 agar dapat refresh laman blog ini setiap 1 jam untuk memastikan tidak ketinggalan info yg dihantar. Info2 diupdate berdasarkan kepada pergerakkan dan keperluan semasa.

Semoga kita semua akan berjaya...aaamin ya rob

TEKNIK SEMASA USS GROUP

MELIHAT KEPADA PERKEMBANGAN SEMASA, KITA SUDAH MULA FOKUS KEPADA PAIR GJ.

Perkembangan semasa akan dimaklumkan di sini...insyaAllah

Sabtu, 22 Desember 2007

KACAMATA KEHIDUPAN KITA

Detik-detik berlalu memburai pasir-pasir kenangan mewarnai lukisan hidup kita, membekas dan membentuk keperibadian dan kedewasaan kita. Warna-warna kehidupan inilah yang membentuk kacamata penilaian yang akan memberi input yang besar dalam hidup kita samada kita seorang berjiwa kental, berwawasan, bermotivasi dan bersemangat atau sebaliknya. Ya kita semakin hari semakin terdedah dan mengenali warna-warna kehidupan. Sinaran warna kehidupan yang kita jumpa dan terokai sebenarnya yang memandu arah dan membentuk persepsi kita terhadap segala apa yang berlaku. Justeru itu, peripentinganya kita memastikan agar kacamata yang kita pakai lahir dari acuan pengalaman hidup yang mantap dan hebat.

Untuk memantapkan kacamata ( kedewasaan ) kita pastikan kita berdamping dengan kehebatan-kehebatan berikut :

  1. Bahan bacaan yang terhebat ( al-quran, hadis-hadis, motivasi praktikal )
  2. Keluarga yang hebat.
  3. Pembimbing ( mentor ) yang hebat
  4. Rakan-rakan yang hebat.
  5. Masyarakat/kumpulan yang hebat
  6. Coretan kehidupan orang hebat
InsyaAllah pada kesempatan yang akan datang , saya akan cuba berkongsi siapakah yang dikatakan hebat.

KEMUNCAK KEHEBATAN ialah kita menjadi cotoh dan idolan kepada manusia-manusia yang hebat ( bukan kerana meminta dan riyak tapi adalah nilaian manusia sejagat )....sama-sama kita doakan agar kita menjadi manusia yang hebat...aamin