Harga Matawang Utama

Pengumuman

UssGroup Blog akan mengalami sedikit perubahan dalam tempoh yg terdekat dan pihak kami memohon maaf di atas segala kesuliatan yg di alami

BERSAMA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

MENCARI ILMU, MEMBUAT ANALISA, PRAKTIS DAN BERKONGSI APA YANG ADA DIMANTAPKAN DENGAN KESABARAN, KESYUKURAN DAN DISIPLIN DIRI YANG TINGGI AKAN MEMACU KITA MENGGAPAI KECEMERLANGAN DALAM FOREX...INSYAALLAH

PENGUMUMAN

Alhamdulillah, insyaAllah bermula April ini, pihak admin akan memberi info berkaitan trend, pergerakkan, entry points, kegunaan lot, set TP terus di web ini. Panduan open locking sekiranya berlaku juga akan diberi di sini.

Diharap kepada semua rakan2 agar dapat refresh laman blog ini setiap 1 jam untuk memastikan tidak ketinggalan info yg dihantar. Info2 diupdate berdasarkan kepada pergerakkan dan keperluan semasa.

Semoga kita semua akan berjaya...aaamin ya rob

TEKNIK SEMASA USS GROUP

MELIHAT KEPADA PERKEMBANGAN SEMASA, KITA SUDAH MULA FOKUS KEPADA PAIR GJ.

Perkembangan semasa akan dimaklumkan di sini...insyaAllah

Jumat, 21 Desember 2007

FOREX--MUDAH DAN SENANG

Seringkali kita dengar dari rakan-rakan yang telah trading live perkataan MUDAH dan SENANG dalam forex. Antara Mudah dan SENANG yang sering kita dengar ialah :

  • SENANG nya nak trade cuma sell dan buy aja dan boleh dilakukan bila-bila masa.
  • SENANG nya untung, kadang-kadang masuk 2 minit aje sudah profit dan increase 3% dalam beberapa minit aja.
  • SENANG betul kena stop loss dan margine call.
Oleh kerana semuanya mudah berlaku dalam forex jadi kita perlu hati-hati dan berwaspada selalu supaya kita dapat kawal perasaan dan ikut semua aturan yang telah kita pelajari dan yang serasi dengan kita mengutip pips.

Pastikan anda melalui langkah-langkah berikut :

  1. Belajar dan faham betul2
  2. Praktis di demo sehingga timbul keyakinan.
  3. Live dan ikut semua disiplin.
  4. Buat kajian kenapa anda untung dan rugi.
  5. Konsisten melakukan teknik yang mendatangkan profit.
  6. Bersyukur atas keuntungan.
  7. Muhasabah atas kerugian bukan mengeluh.
  8. Menghulurkan bantuan atas profit yang kita dapat.
  9. Jangan sekali-kali sombong atas apa yang kita capai sebab semuanya itu adalah kurniaan tuhan..sewajibnya selagi kita berjaya kita menjadi lebih rendah diri dan berhati2 membuat kenyataan sebab bila2 masa aja Allah SWT boleh tarik kelebihan tersebut.

Sekiranya dengan ilmu, praktikal dan pengalaman menggunakan teknik-teknik yang serasi dengan pergerakkan harga juga masa dan emosi kita...teruskan dan jangan terlalu banyak teknik sehingga kita gagal kawal perasaan kita.

Perlu ingat 80% dari faktor yang mempengaruhi untung atau rugi trading kita ialah kawalan dan disiplin emosi kita. Jadi kawalan perasaan dan disiplin diri perlu dididik dengan mantap supaya kita sentiasa berada atas landasan trading yang profit...insyaAllah