Ada yang tak sanggup berhadapan dengan masalah dan cabaran. Ramai juga yang mengalah sebelum memulakan perjuangan. Tidak kurang jugak yang tewas di tengah-tengah perjalanan dengan pelbagai alasan dan menyalahkan banyak orang dan aspek.
Kalau kita ingin berjaya dengan cemerlang, masalah, cabaran, rintangan dan kegagalan adalah suatu yang wajib kita tempuhi sebelum mengecapi kejayaan. Bisikkan pada diri kita :
1. Setiap masalah tersembunyi kunci kejayaan.
2. Saya akan tempuhi masalah sebab ianya adalah ujian.
3. Tanpa masalah dan cabaran saya bukan seorang yang mantap.
4. Saya yakin dengan menyelesaikan masalah akan tersingkap ramuan kejayaan.
5. Hidup kita menyelesaikan masalah.
6. Masalah bukan masalah dalam hidup saya.
7. Cabaran menceriakan hidup saya.
8. Masalah itu cabaran bukan alasan.
Semoga hidup kita ceria dan diberkati Allah...aaamin
Target tambah 50% sebulan...ikuti
sepenuhnya disiplin yang diajar...bersyukur atas profit..belajar dari kesilapan