Harga Matawang Utama

Pengumuman

UssGroup Blog akan mengalami sedikit perubahan dalam tempoh yg terdekat dan pihak kami memohon maaf di atas segala kesuliatan yg di alami

BERSAMA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

MENCARI ILMU, MEMBUAT ANALISA, PRAKTIS DAN BERKONGSI APA YANG ADA DIMANTAPKAN DENGAN KESABARAN, KESYUKURAN DAN DISIPLIN DIRI YANG TINGGI AKAN MEMACU KITA MENGGAPAI KECEMERLANGAN DALAM FOREX...INSYAALLAH

PENGUMUMAN

Alhamdulillah, insyaAllah bermula April ini, pihak admin akan memberi info berkaitan trend, pergerakkan, entry points, kegunaan lot, set TP terus di web ini. Panduan open locking sekiranya berlaku juga akan diberi di sini.

Diharap kepada semua rakan2 agar dapat refresh laman blog ini setiap 1 jam untuk memastikan tidak ketinggalan info yg dihantar. Info2 diupdate berdasarkan kepada pergerakkan dan keperluan semasa.

Semoga kita semua akan berjaya...aaamin ya rob

TEKNIK SEMASA USS GROUP

MELIHAT KEPADA PERKEMBANGAN SEMASA, KITA SUDAH MULA FOKUS KEPADA PAIR GJ.

Perkembangan semasa akan dimaklumkan di sini...insyaAllah

Sabtu, 29 Desember 2007

SEMUANYA BERMULA DARI TIDAK TAHU

Tidak ada manusia yang dilahirkan dalam keadaan sudah tahu. Peroses perjalanan hidup yang kita tempuh memberi impak kepada pengetahuan kita :

  1. Apa yang kita lihat.
  2. Apa yang kita dengar
  3. Apa yang kita tuturkan.
  4. Apa yang kita hadapi dan tempuhi.
  5. Apa yang kita fikirkan
Semua itu membentuk pengetahuan kita. Umur yang sama tapi pengetahuan dan pengalaman berbeza

Adakah kita rasa selesa dengan alasan " SAYA TIDAK TAHU " untuk menempuh liku-liku kehidupan yang semakin hari nampak semakin mencabar.

Marilah sama-sama kita tingkatkan pengetahuan kita dengan :

  1. Tingkatkan penglihatan kita ( kekuatan mata ) dengan banyak membaca buku, melihat bagaimana orang-orang beriman dan bertakwa, melihat ciri-ciri praktikal orang yang cemerlang.
  2. Menggunakan pendengaran kita mendengar ayat2 Allah, kata-kata perangsang, cerita-cerita yang bertamadun , mendengar khabar2 gembira dan kisah-kisah insan cemerlang.
  3. Gunakan tutur kata untuk bertanya, berkomunikasi, berbincang, berdebat dan berkongsi idea dan pengalaman untuk menambah dan memantapkan pengetahuan kita.
  4. Hadapilah segala rencah dan asam garam kehidupan tanpa mengira susah atau senang. Semakin susah ditempuhi semakin manis dan senang dihujungnya. Keperitan dan kepayahan inilah yang akan melahirkan kecekalan. Kesenangan dan kemudahan yang dirasai juga pengalaman yang cukup bermakna.
  5. Renungan dan pengamatan terhadap apa yang berlaku semakin menajamkan lagi pengetahuan kita.
Jadi asalnya kita bermula di titik pengetahuan yang sama tapi apa yang kita lakukan dan tempuhi serta fikirkan yang akan membezakan pengetahuan dan pengalaman.

Andalah yang menentukan pengetahuan dan pengalaman anda...semuanya terpulang kepada anda.


Target tambah 50% sebulan...ikuti
sepenuhnya disiplin yang diajar...bersyukur atas profit..belajar dari kesilapan