Harga Matawang Utama

Pengumuman

UssGroup Blog akan mengalami sedikit perubahan dalam tempoh yg terdekat dan pihak kami memohon maaf di atas segala kesuliatan yg di alami

BERSAMA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

MENCARI ILMU, MEMBUAT ANALISA, PRAKTIS DAN BERKONGSI APA YANG ADA DIMANTAPKAN DENGAN KESABARAN, KESYUKURAN DAN DISIPLIN DIRI YANG TINGGI AKAN MEMACU KITA MENGGAPAI KECEMERLANGAN DALAM FOREX...INSYAALLAH

PENGUMUMAN

Alhamdulillah, insyaAllah bermula April ini, pihak admin akan memberi info berkaitan trend, pergerakkan, entry points, kegunaan lot, set TP terus di web ini. Panduan open locking sekiranya berlaku juga akan diberi di sini.

Diharap kepada semua rakan2 agar dapat refresh laman blog ini setiap 1 jam untuk memastikan tidak ketinggalan info yg dihantar. Info2 diupdate berdasarkan kepada pergerakkan dan keperluan semasa.

Semoga kita semua akan berjaya...aaamin ya rob

TEKNIK SEMASA USS GROUP

MELIHAT KEPADA PERKEMBANGAN SEMASA, KITA SUDAH MULA FOKUS KEPADA PAIR GJ.

Perkembangan semasa akan dimaklumkan di sini...insyaAllah

Minggu, 23 Desember 2007

ILMU TIDAK HABIS

Proses pembelajaran dan menuntut ilmu adalah proses berterusan tanpa penghujungnya. Semakin kita meneroka ilmu maka kita akan merasai betapa sedikit dan kurangnya ilmu yang ada pada kita.

Keni'matan dan kelazatan menuntut dan menerokai ilmu adalah sangat tinggi nilainya dan sukar untuk digambarkan. Semakin membaca terasa semakin mantap nilai hidup kita. Terlalu banyak bidang dan cabang ilmu. Semakin membaca lagi merasakan semakin dalam penerokaannya.

Persoalannya dimanakah kemuncak penerokaan ilmu yang harus kita capai ????.....jawapannya ialah kita sentiasa berada di kemuncak dan konsisten di puncak ialah bila mana hasil penerokaan itu kita dapat :

  1. Merasakan kehebatan pencipta alam semesta ini.
  2. Merasa kagum dengan ciptaanNya.
  3. Merasakan apa yang kita dapat adalah kurniaan pencipta alam.
  4. Merasa rendah diri kerana semua yang kita perolehi dari ilmu itu adalah pemberian ilahi dan akan merasa bersyukur.
  5. Bersyukur atas kurniaan tersebut dengan mendekatkan diri kepadanya.
  6. Menyebarkan ilmu tersebut kepada sesiapa saja.
  7. Berterusan menerokai ilmu yang boleh mendekatkan lagi diri kita dengan tuhan yang maha esa.
Apabila kita mendapat merasakan situasi di atas, kita sudah berasa dipuncak penerokaan ilmu..semoga kita menjadi manusia yang mengecapi ni'mat menerokai ilmu yang terlalu luas ini....aamin


Target tambah 50% sebulan...ikuti
sepenuhnya disiplin yang diajar...bersyukur atas profit..belajar dari kesilapan