Harga Matawang Utama

Pengumuman

UssGroup Blog akan mengalami sedikit perubahan dalam tempoh yg terdekat dan pihak kami memohon maaf di atas segala kesuliatan yg di alami

BERSAMA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

MENCARI ILMU, MEMBUAT ANALISA, PRAKTIS DAN BERKONGSI APA YANG ADA DIMANTAPKAN DENGAN KESABARAN, KESYUKURAN DAN DISIPLIN DIRI YANG TINGGI AKAN MEMACU KITA MENGGAPAI KECEMERLANGAN DALAM FOREX...INSYAALLAH

PENGUMUMAN

Alhamdulillah, insyaAllah bermula April ini, pihak admin akan memberi info berkaitan trend, pergerakkan, entry points, kegunaan lot, set TP terus di web ini. Panduan open locking sekiranya berlaku juga akan diberi di sini.

Diharap kepada semua rakan2 agar dapat refresh laman blog ini setiap 1 jam untuk memastikan tidak ketinggalan info yg dihantar. Info2 diupdate berdasarkan kepada pergerakkan dan keperluan semasa.

Semoga kita semua akan berjaya...aaamin ya rob

TEKNIK SEMASA USS GROUP

MELIHAT KEPADA PERKEMBANGAN SEMASA, KITA SUDAH MULA FOKUS KEPADA PAIR GJ.

Perkembangan semasa akan dimaklumkan di sini...insyaAllah

Minggu, 23 Desember 2007

BERSAMA KITA MEMBINA

Sering kita dengar kritikan, sindiran , tohmahan dan sampai ke satu tahap fitnah terhadap kesalahan dan kesilapan orang. Situasi begini sebenarnya penyebab utama kehancuran ummah, yang membicarakan kelemahan orang dihinggapi penyakit ego dan sombong manakala yang difitnah pula merasa malu dan dendam. Semua itu langsung tidak memberi faedah kepada pembangunan diri, masyarakat dan agama.

Justeru itu adalah terbaik bagi kita saling bantu membantu, muhasabah secara berhadapan dan yang paling penting sebelum kita menegur sesiapa sahaja pastikan kita melakukan adab2 berikut :

  1. Memohon ampun dari Allah atas kesalahan-kesalahan kita.
  2. Mohon pada Allah supaya bersih dan suci niat kita.
  3. Mohon pada Allah agar teguran yang akan kita beri adalah yang terbaik untuk orang tersebut.
  4. Mohon pada Allah agar Allah bukakan hati orang yang nak ditegur dan mudah menerima teguran .
  5. Melihat situasi orang yang nak ditegur supaya dia betul2 bersedia untuk ditegur.
  6. Gunakan perkataan yang lembut dan sederhana sehingga dia dapat merasakan yang tujuan kita adalah untuk kebaikan dirinya.
  7. Bersyukur pada Allah kiranya ianya berubah dan doakan kebaikan dan perubahan padanya kiranya dia masih belum berubah.
Sama-sama kita doakan agar kita dapat sama-sama membina insan dan masyarakat yang cemerlang bukan menghancurkan ummah.

Cantik dan indahnya saranan-saranan diberi oleh Islam.