Harga Matawang Utama

Pengumuman

UssGroup Blog akan mengalami sedikit perubahan dalam tempoh yg terdekat dan pihak kami memohon maaf di atas segala kesuliatan yg di alami

BERSAMA MENGGAPAI KECEMERLANGAN

MENCARI ILMU, MEMBUAT ANALISA, PRAKTIS DAN BERKONGSI APA YANG ADA DIMANTAPKAN DENGAN KESABARAN, KESYUKURAN DAN DISIPLIN DIRI YANG TINGGI AKAN MEMACU KITA MENGGAPAI KECEMERLANGAN DALAM FOREX...INSYAALLAH

PENGUMUMAN

Alhamdulillah, insyaAllah bermula April ini, pihak admin akan memberi info berkaitan trend, pergerakkan, entry points, kegunaan lot, set TP terus di web ini. Panduan open locking sekiranya berlaku juga akan diberi di sini.

Diharap kepada semua rakan2 agar dapat refresh laman blog ini setiap 1 jam untuk memastikan tidak ketinggalan info yg dihantar. Info2 diupdate berdasarkan kepada pergerakkan dan keperluan semasa.

Semoga kita semua akan berjaya...aaamin ya rob

TEKNIK SEMASA USS GROUP

MELIHAT KEPADA PERKEMBANGAN SEMASA, KITA SUDAH MULA FOKUS KEPADA PAIR GJ.

Perkembangan semasa akan dimaklumkan di sini...insyaAllah

Rabu, 19 Desember 2007

ANTARA RAMUAN KETENANGAN JIWA

Setiap insan sudah pasti mempunyai banyak kelemahan dan jangan lupa terlalu banyak kelebihan dan potensi. Dalam melayari bahtera perjuangan ( tidak kira apa jenis perjuangannya ) kita sering dan selalu melihat dan menyenaraikan kelemahan-kelemahan yang ada seolah-olahnya kita hanya akan berjaya apabila semua kelemahan-kelemahan yang kita senarai tadi sudah diselesaikan.

Saya ingin menyarankan kepada diri saya dan rakan-rakan semua supaya menukarkan sedikit cara bagaimana untuk menuju kejayaan. Berikut adalah beberapa langkah untuk kita bentuk kejayaan diri kita:

  • Berdoa pada Allah yang kita redho terhadap segala apa yang ditakdirkan dan memohon kepada Allah agar memberi laluan yang mudah bagi terlerai segala kelemahan yang ada.
  • Jangan mengeluh dan menyebut kelemahan diri apalagi menceritakan kepada orang lain.
  • Fokus pada 2 atau 3 potensi dan kelebihan yang ada pada kita, bina dan terus membina potensi-potensi tersebut sehingga memberi pancaran sinaran baru dalam hidup kita sehingga kita dapat rasa gembira dengan potensi-potensi tersebut.
Saya yakin dan percaya kiranya mulai sekarang anda membina potensi yang selama ini tersembunyi dalam diri anda, ianya akan memberi kepercayaan baru kepada diri anda dan seterusnya mendorong dan memotivasi diri anda untuk terus menjadi seorang yang cemerlang.

Pastikan jangan sekali-kali anda terperangkap dalam kandang dunia kesalahan dan kelemahan sebaliknya fokuskan aura anda membina potensi yang sudah ada dalam diri anda ( bersedia pada bila-bila masa) untuk dicungkil, digilap dan dicanai sehingga terbentuknya anda seorang yang cemerlang...

SELAMAT MENCUBA